Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
12 Nov 2011 @ 08:13 | 0 notes

Assalamualaikum . Baiklah sedikit maklumat untuk dikongsikan bersama .
Mungkin ramai di antara kita dah tahu tentang SAPS .

Kalau ada yang tak tahu mehh kita bagitahu . SAPS ni ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah di mana ibu bapa dan pelajar boleh mengakses ke laman tersebut untuk mengetahui keputusan peperiksaan sekolah , contohnya keputusan ujian bulanan , peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun serta ujian percubaan PMR , SPM dan STPM .

Macam mana SAPS ni ? Baiklah , maklumat tentang pelajar akan diisi oleh guru tingkatan . Manakala keputusan peperiksaan pula akan diisi oleh guru matapelajaran . Bila dah selesai pengisian markah , para pelajar dan ibu bapa bolehlah tengok keputusan peperiksaan. Turut dinyatakan adalah kedudukan dalam kelas , tingkatan serta peratus .

Untuk mencuba sendiri SAPS ni , bolehlah tekan SINI